Selamat Datang

Semoga anda bergembira di blog saya...dan jgn lpa untk follow yer....

Friday 18 February 2011

Bertudung?kau sudah bertudung?

Sudah hampir setahun aku memakai tudung..dan selama setahun juga soalan dan kata2 ini diajukan padaku...

"Wah,dah bertudung!knp kau bertudung?
"Apa mmpi kau bertudung?"
"Baguslah kau dah insaf,macam poyo!"
"Aku rasa kau lebih cantik kalau tak bertudung."
"Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?"
Macam2 kerenah telah kujumpa,tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,
"Baru MASUK ISLAM ke kak?"
Dan kenapa aku memilih untuk bertudung?Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.

Peristiwa pertama..
Hampir setahun lalu,aku duduk berhampiran tingkap,memandang ke luar.Aku melihat burung2 yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit.Tiba-tiba hatiku berdetik,kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye?Adakah kawan2ku akan bersama denganku?Atau mereka akan menjauhkan diri?Hampir sejam aku memikirkan jawapannya.Dan dengan itu,hatiku berdetik,apabila aku dilanda masalah,kawan-kawanku mungkin lari,tetapi Allah sentiasa bersamaku.Dia sentiasa bersama hamba-hambanya..
"...cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung,maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia(yang besar)daripada Allah,mereka tidak mendapat bencana apa-apa,mereka mengikuti
(Ali-Imran:173-174)

Peristiwa kedua..
Aku membaca sebuah berita kematian.Seorang pemuda,yang lebih muda dariku,meninggal dunia(sebab kematian tidak diingati).Hatiku berdetik,bagaimana aku kelak di dalam kubur,pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih.Kerana amalanku tidak sebagus mana.

Peristiwa ketiga..
Aku melihat berita di televisyen.Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya.Aku melihat ,ibubapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya mengenang perilaku anaknya.Aku menjadi sebak.Lantas terdetik di hatiku,bagaimana anakku kelak,akan beginikah sikapnya nanti?
Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung.Agar aku mendapat keredhaan Allah.Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan.Ketenangan yang ku cari selama ini.Diriku tidak sempurna mana,kerana aku insan biasa,yang punya kelemahan,yang punya kekurangan.Aku masih memperbaiki kelemahan diri.Dekatkanlah diri dengan penciptamu,kerana di situ ketenanganmu.Peganglah pada tali yang satu,tali agamamu,kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu..
Jadi selepas ini,aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung.Sebaliknya,ucapkanlah Alhamdulillah apabila melihat perubahanku...






No comments:

Post a Comment