Selamat Datang

Semoga anda bergembira di blog saya...dan jgn lpa untk follow yer....

Friday 18 February 2011

kata2..

jagalah maruah kita sebagai muslimah sebaiknya...
kita bukan wanita...
bukan perempuan..
maruah muslimah itu tinggi nilainya!!!

sesaat pertemuan menitik perkenalan..
seminit perkenalan menerbit kemesraan..
sejam kemesraan mengukuhkan persahabatan..
sehari persahabatan selamanya dalam ingatan...

teman,
cinta itu tunjang dalam persahabatan..
disulami kasih n sayang serta dikukuhkan dngan kejujuran..
namun ramai yang terpisah kerana tak cinta..
tapi lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta...
bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah..
maka cinta itu akn kehilangan daya untuk bercinta sesamanya...
terasa pertemuan adalah perpisahan..
tapi bila ukhwah itu hakiki,
berpisah pun masih bertemu..
semakin diuji makin kuat..
semakin jauh semakin kukuh..
takkan putus dek kebencian..
terus indah sinari kehidupan...

Bertudung?kau sudah bertudung?

Sudah hampir setahun aku memakai tudung..dan selama setahun juga soalan dan kata2 ini diajukan padaku...

"Wah,dah bertudung!knp kau bertudung?
"Apa mmpi kau bertudung?"
"Baguslah kau dah insaf,macam poyo!"
"Aku rasa kau lebih cantik kalau tak bertudung."
"Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?"
Macam2 kerenah telah kujumpa,tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,
"Baru MASUK ISLAM ke kak?"
Dan kenapa aku memilih untuk bertudung?Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.

Peristiwa pertama..
Hampir setahun lalu,aku duduk berhampiran tingkap,memandang ke luar.Aku melihat burung2 yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit.Tiba-tiba hatiku berdetik,kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye?Adakah kawan2ku akan bersama denganku?Atau mereka akan menjauhkan diri?Hampir sejam aku memikirkan jawapannya.Dan dengan itu,hatiku berdetik,apabila aku dilanda masalah,kawan-kawanku mungkin lari,tetapi Allah sentiasa bersamaku.Dia sentiasa bersama hamba-hambanya..
"...cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung,maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia(yang besar)daripada Allah,mereka tidak mendapat bencana apa-apa,mereka mengikuti
(Ali-Imran:173-174)

Peristiwa kedua..
Aku membaca sebuah berita kematian.Seorang pemuda,yang lebih muda dariku,meninggal dunia(sebab kematian tidak diingati).Hatiku berdetik,bagaimana aku kelak di dalam kubur,pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih.Kerana amalanku tidak sebagus mana.

Peristiwa ketiga..
Aku melihat berita di televisyen.Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya.Aku melihat ,ibubapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya mengenang perilaku anaknya.Aku menjadi sebak.Lantas terdetik di hatiku,bagaimana anakku kelak,akan beginikah sikapnya nanti?
Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung.Agar aku mendapat keredhaan Allah.Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan.Ketenangan yang ku cari selama ini.Diriku tidak sempurna mana,kerana aku insan biasa,yang punya kelemahan,yang punya kekurangan.Aku masih memperbaiki kelemahan diri.Dekatkanlah diri dengan penciptamu,kerana di situ ketenanganmu.Peganglah pada tali yang satu,tali agamamu,kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu..
Jadi selepas ini,aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung.Sebaliknya,ucapkanlah Alhamdulillah apabila melihat perubahanku...






Berhijrah!!!

Dah lama rasanya ana x update blog..kini ana sudah rasa betapa indahnya hidup di sekolah agama..dulu ana berbaju ketat berseluar jin...tapi sekarang...???alhamdulillah..ana sudah tidak lagi sebegitu..ana sendiri pun tidak tahu knp hati ini tiba2 ingin berubah..di sekolah..ana sudah terlibat dengan pelbagai program muhasabah diri..dulu ana sendiri tidak tahu apa itu muhasabah...ana sangat beruntung kerana dapat masuk ke sekolah agama..ingat lagi dikotak fikiran ana..dulu ana tidak mahu pergi ke sekolah agama..ana berkata kpada ibu ana.."kalau nina pi sekolah agama jgn arap nina nak bertudung labuh"...itulah kata2 ana ungkapkan kpd ibu ana sebelum ana menjejak kaki ke sekolah agama...

Ana arap ana dapat menjadi anak yang solehah..hamaba Allah yang baik..ana nak sangat berhijrah..kalau boleh ana nak pakai tudung labuh..tapi apakan daya terdapat pelbagai rintangan menimpa ana..maklumlah ana anak perempuan sorang dalam keluarga ana..kadang2 tu rasa mcm semangat nak bertudung labuh down apabilatak dak orang nak support ana..ana tahu bukan senang seseorang itu nak berubah..tapi ana sarankan janganlah kita bertudung hanya untuk menutup rambut..bertudunglah dengan betul...ana tengok di luar sana ramai yg salah faham..diorang ingat bertudung ini hanya sekadar menutup rambut..

Kalau nak dibincangkan bab aurat ni memang panjang.Kita sebagai wanita muslimah haruslah menutup seluruh anggota badan kita kecuali tapak tangan dan muka..ana bukannya nak berceramah or beri tazkirah..tapi sebagai wanita ana rasa ana bertanggungjawab untuk menegur...

Ana harap sama2lah kita berhijrah..ke jalan yang benar...